Sunday, December 19, 2010

Subuh Yang Terakhir

Bilakah Kali Yang Terakhir
Kau Ucapkan Sayang
Pada Insan Yang Setia
Berkongsi Susah Dan Senang
Luahkan Isi Hati, Andainya
Sudah Di Takdir
Tadi Subuh Yang Terakhir

Bila Berdekatan
Kadangnya Kita Leka
Bila Berjauhan Kaulah
Merindu Di Dada
Selagi Berkesempatan
Ucapakan Terima Kasih
Andai Esok Takkan Hadir

Jika Terkasar Bahasa Mungkin
Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan
Kerna Sayangkan Dirimu
Namun Dihati Mampukah
Di Lupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa
Dipulangkan

Bilakah Yang Terakhir
Kau Kucupi Pipi
Ayah Bonda Yang Tak
Mungkin Kau Terbalas Budi
Tunjukkanlah Syukurmu
Bertuahnya Kau Dilahir
Andaia Esok Takkan Hadir

Lihat Saja Isterimu
Berkorban Separuh Nyawa
Demi Menjamin Kebahagiaan
Anak Dan Suami Tercinta
Buktikan Padanya
Pilihan Jodohmu Tepat
Sebelum Semua Terlewat

Lafazkan Rasa Cinta..
Andainya Sudah 
Ditakdir
Tadi Subuh Yang
Terakhir

Sunday, December 5, 2010

ZURIAT

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah.. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri culup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana di kurniakan anak yang di impikan.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak di anggap remeh.                                                                                                             

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh iti, pasangan yang telah di izinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahlah kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman, "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa dan Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan( kepada sesiapa yang di kendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengatahui lagi Maha Kuasa."(as-Syura : 49-50)

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT.Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah SWT, "Dan orang-orang yang berkata : Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kami Isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)". (al-Furqan : 74)

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka Misalnya, doa Nabi Zakaria, " Ya Rabbi, Kurniakanlah aku seorang anak yang baik di sisi Engkau." (ali-Imran : 38). " Anugerahkanlah aku seorang putera, yang akan mewarisi keluarga Ya'kub." (Maryam : 5-6).

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, " anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa, " itupun juka anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.                                                                                                            


Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang di kehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, "Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang taat kepada Allah dan Rasulnya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan di tanya oleh Allah kelak.                             

Rasulullah SAW bersabda,".... dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan di minta pertanggungjawabnya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya. dan ia akan di minta pertanggungjawabnya."

Sehubungan dengan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak yang di pikulnya kepada mereka. Sabda Nabi," Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, dan mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya Al-Quran". (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami)

Baginda SAW juga pernah bersabda," Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik," (Riwayat at-Tirmidzi).

Di sampinh itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti di beri kepada nak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka di perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, " Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?.

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jiaka gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan di pikul di Akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi Firmannya." Wahai orang-orany yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota  keluarga kamu dari api neraka." (at-Tahrim : 6)

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh, Di persiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri sendiri. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang di seru dan diddik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang di syariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?.