Saturday, October 23, 2010

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. Selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetian. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang  dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaianya. Istei yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama keperluan hubungan intim dan keperluan untuk mengisi perutnya.

3. Banyak membantu suami anada. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. jangan banyak meminta-minta kerana ia akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atu perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut di lakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak di lihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda  dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakanlah strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan Anak-anak anda di depan suami anda, suami mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang di sayanginya.

9. Selalu memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasa nikmatnya.

11. Bila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama dengan suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa " hanya kaulah satu-satunya kekasih ku".

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami berhajat untuk " bersama" anda, layanilah dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan ke;etihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan dengan godaan yang halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahwa dia di perlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk di setubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahwa dirinya tidak di hargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17.  Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan bijak serta berterusanlah menjaga sillaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda dan di syurga.

No comments:

Post a Comment