Sunday, June 3, 2012

UNJURAN EKONOMI TERSASAR

SHAH ALAM: Kegagalan kerajaan mencapai unjuran ekonomi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 – 5.5 peratus untuk 2011 dan 5 – 6 peratus pada 2012 jauh tersasar kerana kerajaan tidak mengambil kira faktor-faktor ekonomi global ketika merancang unjuran tersebut. “Pakatan Rakyat telah mengingatkan Najib Razak sebagai Menteri Kewangan supaya jangan membuat unjuran setinggi itu,kerana dalam tahun lalu lagi. “Kita telah bercakap bagaimana ekonomi dunia akan mengalami penguncupan dan kelembapan ekonomi kerana krisis-krisis seperti Euro Zone,krisis ekonomi Amerika dan China yang kini telahpun disebut akan mengalami krisis,” kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) ketika dihubungi TV Selangor. Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata unjuran ini tidak akan tercapai disebabkan negara yang berasaskan eksport mengalami kesan lantaran pertumbuhan dan pemintaan yang berkurang daripada negara-negara pengimport disebabkan kemeruduman ekonomi global. “Permintaan global akan mengucup maka ekonomi negara akan mengalami impak itu. “Kritik kami pada tahun lalu terbukti benar,kita sedar dalam keadaan ekonomi yang lembab tetapi Najib Razak membuat unjuran ekonomi yang tinggi itu hanya kerana untuk mewujudkan keadaan ‘Good Feel Factor’ kepada rakyat,” ujar Dr Dzulkefly. Dr Dzulkefly berkata tindakan kerajaan melaksanakan projek-projek bersaiz mega yang berjumlah berbilion ringgir hanya untuk menaikkan unjuran ekonomi namun ianya tidak bersifat mapan dan baik kepada pertumbuhan ekonomi. “Dan jelas apa yang dipacu oleh ekonomi negara kita adalah apa yang dipacu oleh satu permintaan domestik dan perbelanjaan besar kerajaan dalam infrastruktur projek mega,” katanya. Katanya, bagi memantapkan dan memacu ekonomi yang lebih mapan sewajarnya kerajaan menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang mempunyai nilai tambah dalam pengeluaran sesuatu sumber ekonomi dan tidak hanya mengharapkan kepada pengimportan sumber-sumber alam. “Kita memerlukan pengurusan ekonomi yang cekap yang meletakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan dan jangan dibuat perbelanjaan kerajaan yang tidak bersifat sustanaible dan juga pada akhirnya perbelanjaan seperti ini tidak akan membawa kepada ekonomi berpendapatan tinggi,” Tambah Dr Dzulkefly,perbelanjaan yang besar dan kadar KDNK yang tinggi tidak boleh ditafsirkan sudah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. “Negara berpendapatan tinggi hanya akan berlaku apabila industri dan sektor pembuatan dan segala kegiatan ekonomi itu bersangkut kepada ekonomi yang mempunyai nilai tambah. “Seperti contohnya pembalakan sahaja,kita mesti mampu mengeluarkan perabot-perabot dan bukan hanya kayu sahaja yang tidak mempunyai nilai tambah ekonomi,” Jelas Dr Dzulkefly,perbelanjaan boros dengan tidak meletakkan perbelanjaan kepada keutamaan seperti projek-projek mega meletakkan keadaan ekonomi dalam keadaan yang tidak menentu. “Keutamaan yang sepatutnya diberi kerajaan adalah pembangunan yang seimbang di seluruh negeri-negeri khususnya negeri miskin,” katanya. Ujar Dr Dzulkefly,Pakatan Rakyat dalam pembangunan ekonomi bukan sahaja untuk menaikkan kadar KDNK tetapi lebih kepada penumpuan kepada pendapatan yang boleh belanja rakyat, pembahagian ekonomi yang adil dan kecekapan ekonomi serta menghentikan monopoli ekonomi. Sebelum ini,Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan agar Belanjawan 2012 dibentangkan semula dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi Jun ini. Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi yang lembap pada kadar 4.7 peratus dalam suku tahun pertama 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara. Ini adalah kali kedua pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012.

Sunday, July 3, 2011

Perempuan Cantik dan Lelaki Gila Seks

!Soutul Mujahid | Suara Kebangkitan Umat Islam: Perempuan Cantik dan Lelaki Gila Seks: "Lelaki gila seks? Mungkin ramai perempuan yang gerun apabila terdengar istilah itu. Ada sebab-sebab yang munasabah mengapa kaum hawa begitu..."

.::Wanita Mustanir::.: Kepada Mereka yang Ingin Sertai Perhimpunan 'Bersi...

.::Wanita Mustanir::.: Kepada Mereka yang Ingin Sertai Perhimpunan 'Bersi...: "Alhamdulillah, selamat tiba di rumah setelah 2 hari bermusafir. Dalam perjalan ke kampung, terselit beberapa perbincangan yang terkait fikra..."

Wednesday, May 25, 2011

BASIRAH

Tuhan akan memberikan kelebihan kepada orang-orang yang Dia kehendaki tidak terkecuali kepada orang yang dia murkai iaitu orang kafir.. Ini jelas sekali terkandung di dalam kalam Allah, mengatakan jika seseorang itu inginkan dunia, dunia akan dapat kepadanya begitu juga dengan akhirat.. Semua ini bergantung kepada daya usaha dan amalan seseorang itu.

Apa yang ingin di sampaikan di sini adalah, sebuah kisah benar yang berlaku kira-kira dua tahun lepas. kisah ini bukanlah kisah yang saya lalui sendiri tetapi melalui cerita rakan saya. lebih baiklah kalau saya namakan dia amirul ( bukan nama sebenar). Amirul ini pada pandangan saya tidaklah ada apa-apa keistimewaan pada mulanya.. kerana amirul ni pun satu tempat kerja dengan saya. kerja kilang.. bila time rehat panjang je.. dari situlah dia bercerita..

Kisahnya begini... aku sekarang tengah mencari ilham la amen (penulis)?" tanya amirul pada aku..sambil- sambil duduk di atas batu yang kami gelarkan batu tu batu tembok china.." ilham apa ni amir? setahu aku ko ni lepas je makan, main carrom dengan geng-geng kita kat rest area sana tu".. jawab aku?.. aku sekarang tengah mencari modul ceramah yang aku nak sampaikan kat kuliah maghrib nanti? dengan bersahaja jer amirul berkata pada ku! aku yang terpinga-pinga dengan jawapan dia terus mencelah? eh! ko ni biar betul amir, kita mana ada masa dengan semua ni?..Operator macam kita ni 12 jam dok kat kilang ni je tau.. gei keja gelap balik keja pun gelap, itu kalau kena shif siang kalau kena shift malam.. gie kerja terang balik keja pun terang.. panjang lebar aku berhujah..

Dengan senyuman manis amirul pun menyambung perbualan kami.. "takkan la tiap kali aku nak sembahyang aku nak beritahu kat ngko".. aku betul-betul terkasima dengan jawapan bersahaja amir tu.. "hai amir perli nampak!" hujah ku.. bukan perli tapi sendiri mau ingatla.. Aku sebenarnya faham apa maksud tersirat ayat amir tu.. bagi fahaman aku la.. "amalan yang baik, yakni amalan tanpa berhijab adalah amalan yang tidak perlu di tunjuk-tunjuk" amalan macam ni direct je terus kepada Allah SWT

Berbalik kepada cerita yang asal tadi.. aku dengan selambanya bertanya lagi.." sejak bila ngko berkecimpung dalam dunia ni?"..ntah la.. aku sendiri pun tak tau sejak bila? aku pun satu!.. dah tau amir jenis macam mana orangnya itupun nak bertanya lagi..getus hatiku . Kami diam seketika sambil- sambil melihat awan di waktu malam... Amir! ta ada cerita menarik ke? kalau ada cerita la. tanya aku pada amir? Amir memandang ke arah ku dengan pandangan yang tajam.. lama juga di merenung ku..Apa makna BASIR.. ba aliff simm raa.. tanya amir pada ku.. "ngko dulu sekolah agama x kan tau?"..  tanya dia lagi.. Emm..dah lama la tinggal... lupa la amir..Hai men takkan tak tau.. itu salah satu sifat-sifat Allah tau..kantoi la kalau macam ni..bila dengar je amir cakap macam tu.. fikiran dan hati ku pun terus menyebut sifat-sifat Allah satu persatu..sampai perkataan BASIRUN aku terhenti dan menerangkan pada amir BASIRUN bermaksud "  MAHA MELIHAT" jadi BASIR tu bermaksud "melihat".. sungguh-sungguh aku ajukan pada amir.

Tau pun, kalau macam ni jawapannya barulah mantap.. barulah terang rumah sendiri?.. jawab si amir..berkias-kias lagi getus hati ku..So..apa maksud engko dengan perkataan BASIR ni. Tuhan telah anugerahkan BASIR pada kita.. Dalam erti kata lain BASIRAH.. atau senang nak faham la dalam erti melayunya "MATA HATI"..tidak semua yang dapat anugerah MATA HATI ni.. Kalau seseorang tu dapat anugerah macam ni..memang besar Nikmatnya.. kebannyakkan kita yang ada hanya MATA di kepala ni je...kalau ia pun seseorang tu ada dapat anugerah macam ni satu di kepala satu di hati mungkin bukan taraf kita ni la..mungkin hamba yang dekat dengan ALLAH..

Haa ini baru mukadimmah tau.. ada lagi jalan ceritanya.. selorah amir pada ku.. aku yang diam membisu ni hanya mengangguk je.. Minggu lepas aku baru sahaja balik dari menyampaikan ceramah kat sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).. "kat mana tu amir".. celah ku.. kalau tak silap area bangi.. nama badan tu pun kalau tak silap.. Penadu... Pemandu..Buah dadu..ah aku sendiri pun lupa.. "Apa nama untuk orang yang berkaitan dengan dadah ni men"?..tanya amir pada ku..PEMADAM.. terus je aku beri jawapan.. Ha.. tu la nama Badan  Pertubuhan tu... ceh! itupun aku yang beritahu.. getus hati ku.. ok.. Sambung cerita
Seusai je dari memberi ceramah tu.. apalagi cergas la balik ke alor setar.. Niat di hati nak jenguk adik  aku kat sana. "Kat area mana tu amir"? tanya aku.. "Kat kampung Kota Sarang Semut.. Daerah Bendang"?.. la haw la wala.. itu kat area rumah  abang aku juga mir.. abang aku kat Batu Menunggul je"?.. Kebetulan la gamaknya..Empat jam perjalanan juga la kalau dari bangi ker alor setar ni..180 km/j juga la aku rembat.."Biar betul mir.. mat rempit juga la ko ni ye"?.. tanya aku!.. eh! aku naik kereta la bukannya naik moto, sesuka hati je ko cakap mat rempit?.. yer tak iyer juga.. terus pas tu..

Sesampainya aku kat rumah adik aku tu, baru nak buka pintu kereta ni.. ada panggilan masuk.(.HELLO.. assalammualaikum...WAALAIKUMMUSSLAM...boleh saya bercakap dengan encik amir.. YE SAYA BERCAKAP NI.. minta maaf yer en. amir kerana menganggu, saya ni zali daripada PERTIS. saya nak minta tolong en. amir datang ke tempat saya untuk memberi ceramah.. OH.INSYAALLAH, SAYA BARU JE BALIK DARI MEMEBERI CERAMAH KAT BANGI.. .. EN. ZALI.. BOLEH SAYA TAU BILA WAKTUNYA DAN DI MANA.. persatuan minta malam ni juga en. amir dan tempat kami berada di Jalan Tun Sambathan Kuala Lumpur

Sunday, May 22, 2011

permata hati

Hanya kepada mu permata hati ku serahkan segalanya kemilauan
Hanya engkau sahaja lebih mengerti keshahduan
Yang tersirat dan tersurat
di hati ku

Biar rimba penuh duri
Biar bara melingkari
Tetap jua ku tempuhi
Mencari mu abadi

Walau di ufuk mentari
Tiada alasan ku beri
Engkau pasti ku kucupi
Hingga ke hujung hari
Kekasih ku

Siaplah aku tanpa mu yang mengzahir impian dan ternyatalah kasih tiada berbelah bahagi sekalipun di goyang kebendaan

Dan sesungguhnya kasih ku tiada duanya lagi telah terpatri di minda bagai bulan dan mentari takkan terpisah selamanya..

Saturday, May 21, 2011

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui ibrahim bin adham. Dia berkata , " wahai Aba Ishak! selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setealh mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya. Maka boleh kamu melakukan maksiat. " Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. " Apakah syarat-sayarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata. " Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, " dari mana aku mahu makan?. Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya" tegas ibrahim. " Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangNya?"

yang kedua," kata Ibrahim." Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangNya.

Ya! anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab," kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-NYA "Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "wahai ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, " kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya 'ketepikan kematianku dulu, Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'. "Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengudurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah. "katanya sambil teresak-esak.

Friday, May 13, 2011

cemburu

- Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar nak di bendung.. Banyak juga jenis cemburu.. Ada yang positif dan ada yang negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ini, dah tentu ramai yang menunding jari dan mengaitkannya dengan kaum hawa. Ramai beranggapan bahawa orang perempuan ini kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, kita tak boleh nak tuduh sesiapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu itu. Jadi fikir-fikirkan lah yang mana baik dan yang mana buruk.