Monday, October 25, 2010

Wahai Wanita

Ketahuilah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak seronk untuk didiami. kaum leleki akan bersasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S pernah di landa gelisah meskipun hidup di penuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar di jadikan seorang teman agar boleh berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam A.S dan segala kenikmatan syurga di sekelilingnya tarasa wujud.

Tanpa permaisuri siapakah lelaki yang di gelar raja,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang di gelar suami,
Tanpa wanita siapalah lelaki yang mahu di gelar pemimpin,
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang di gelar ayah...

Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah di lemparkan ke neraka. Segala bergantung kepada agamanya..

Lihatlah peranan wanita-wanita ini...

Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasullullah S.A.W tidak mendapat 'dorongan' yang amat di perlukan untuk terus bangkit, berpegang teguh kepada keyakinannya dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya..
Tanpa Aisyah, barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W tidak sampai kepada umat islam seluruhnya..
Tanpa Fatimah Az-Zaharah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah S.A.W yang di sayangi..
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur dan mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya..
Tanpa Wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita.

Lihatlah pula peranan wanita-wanita ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S telah bertukar menjadi penentang kepada kebenaran..
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah dan menguyah hatinya..
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasululullah S.A.W serta dalam sejarah manusia sejagat, ramai wanita menjadi pendorong kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.

No comments:

Post a Comment