Monday, October 25, 2010

PEDOMAN: Akibat Menduakan Suami, Darah Memancut Dari Rahim

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw. bermaksud: " Jika seseorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat kepada suaminya, ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang di kehendakinya." Memang janji Allah, sesiapa yang membuat dosa, balasannya di terima di akhirat kelak. Namun ada ketikanya terdapat juga dosa-dosa besar seperti berlaku curang terhdap suami, balasan seksanya sudah Allah tunjukkan di dunia lagi agar ianya menjadi iktibar kepada orang lain.


Perkara ini di akui oleh seorang bidan kampung di selatan tanahair. Bidan tersebut telah menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak yang di katakan hasil hubungan sulit si isteri itu dengan bekas kekasihnya di luar pengetahuan suaminya.


Bidan yang tidak mahu namanya di sebut telah berpengalaman berpuluh tahun mengakui tragedi yang berlaku terhadap wanita berkenaan ketika melahirkan anaknya memang agak aneh dan luar biasa.


"Makcik telah mengalami berbagai peristiwa ketika menyambut kelahiran, Ada wanita yang mudah melahirkan anak. Ada pula yang mengalami masalah susah nak beranak kerana bayinya berkududukan songsang atau sebagainya.


Tetapi Alhamdulillah, sejauh pengalaman makcik, mereka yang sukar melahirkan setelah di beri air jampi dan melakukan beberapa petua tertentu, wanita berkenaan akan mudah melahirkan anaknya". kata bidan tersebut.


Wanita yang di sebut sebagai salmah oleh bidan  yang berusia 30-an itu memang tidak dapat di lupakannya.

"Dia mengalami kesakitan yang luar biasa seolah-olah ada sesuatu yang menghalang kelahiran bayinya. Hampir sejam dia bergolek-golek dan meronta-ronta menahan kesakitannya sambil meraung-raung dan merintih-rintih menyebut nama suaminya.

Berbagai usaha di lakukan oleh bidan untuk membantu salmah seperti memberi air jampi berendamkan dauh sirih. Kesan-kesan untuk melahirkan sudah ada. air ketuban telah lama meleleh, namun bayinya tetap tersendat walaupun entah berapa kali salmah menerannya.

Apa yang menyayat hati, setiap kali salmah berusaha meneran bayinya, seluruh anggota tubuhnya menggigil, dan matanya terbelalak bagaikan menyaksikan sesuatu pemandangan yang mengerikan.

Kira-kira 10 minit selepas meminum air jampi bidan, berlakulah peristiwa aneh, ngeri dan luar biasa itu. Dari saluran rahimnya meleleh tumpahan darah dan dalam beberapa saat kemudian darah itu memencut menyembur mengenai bidan itu yang sedang memeriksanya dan percikan darah itu memercik ke dinding klinik bersalin yang tidak luas itu.

"Kejadian itu memang luar biasa. Pengalaman makciklah, wanita yang mengalami tumpah darah macam mana pun tidaklah sampai darahnya memancut sebegitu rupa. Selepas kejadian itu, makcik berfirasat ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu.

"Makcik mengesyaki mungkin ada dosa-dosa tertentu pernah di lakukan oleh si isteri ini terhadap suaminya. Menurut hemat makcik, selagi wanita ini tidak mengakui  dosanya dan mendapatkan keampunan suaminya, selagi itulah dia tidak dapat melahirkan anaknya." kenang semula bidan itu menceritakan kembali.

Seketika kemudian, bidan pun memanggil suami salmah yang di sebutnya sebagai ustaz azhar itu.masuk ke bilik bersalin menemui isterinya. Azhar kelihatan terharu menyaksikan penderitaan yang di tanggung oleh salmah dan bercadang membawa salmah untuk ke Hospotal bersalin di bandar yang jauhnya 20 km dari kampung itu.

Tetapi itu adalah masa amat kritikal bagi salmah. Jelas pada pengamatan azhar dan mereka yang berada di situ, salmah kini berjuang antara hidup dan mati.

Bidan pun membisikkan sesuatu ke telinga salmah. Dan salmah dalam keadaan tidak berupaya itu merangkul kedua tangan suaminya dan dengan suara yang putus-putus mengaku perbuatan terkutuknya selama ini berzina beberapa kali dengan bekas kekasihnya. hasil perzinaan itulah kehadiran bayi yang di kandungkan sekarang.

Mendengar pengakuan isterinya, terasa gelap dunia ini dirasai oleh Azhar. Jika tidak kerana ada rasa simpatinya terhadap wanita yang pernah berkongsi hidupnya lebih 10 tahun itu yang kini sedang terbaring penuh azab, mahu sahaja azhar meninggalkan tempat itu.

Namun Tuhan mahu menunjukkan kebesaranNya melembutkan hati seorang suami. Sementara salmah yang sedang azab itu kini pasrah dengan takdir Tuhan menghukumnya dan memohon keampunan dari suaminya.

Memang benarlah sebagaimana yang di firasatkan oleh bidan, selepas azhar memaafkan dan mengampunkan segala dosa-dosa salmah, salmah pun melahirkan anaknya dengan mudah dan segera di sambut oleh bidan.

Beberapa minit selepas melahirkan anaknya itu, salmah pun menghembuskan nafas terakhirnya sementara azhar tetap berada di sampingnya dan sempat mengajarnya mengucap kalimah tauhid, "Laa Illaaha Illallah" dan dengan mudah di ikuti oleh gerak bibir salmah ketika menghadapi nazaknya.

Menurut cerita bidan itu, kejadian itu berlaku kira-kira 15 tahun lalu. Anak lelaki yang di lahirkan oleh salmah itu kini sudah berada di tingkatan-3 dan di pelihara oleh azhar sebagai anaknya sendiri.

Azhar selepas peristiwa tersebut berapa tahun kemudian telah berkawin lain dan di kurniakan dua orang anak

Menurut bidan, apa yang mendorong salmah berlaku curang terhadap suaminya kerana munuduh suaminya mandul. Sementara bekas kekasihnya (difahamkan kini masih hidup) mengambil kesempatan dari keadaan rumahtangga salmah yang tidak bahagia itu kerana tidak di kurniakan anak.

"Makcik mendoakan semoga Tuhan mengampunkan dosa salmah dan azabnya menghadapi kematian itu sebagai kifarah kepada dosanya itu. Harap kisah ini ada iktibar dan maafaatnya kepada semua".

No comments:

Post a Comment