Saturday, October 30, 2010

Yaa Thoybah - Haddad Alwi & Sulis

Kreteria Isteri Solehah

Berdiam diri sambil mendengar suaminya sedang bercakap
Sentiasa mentaati perintah suami selagi perintah itu bukan maksiat
Tidak mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suami
Reda dengan setiap pemberian suami walaupun barang itu tidak mahal.
Tidak menolak ajakan suami suami bila ia ingin bermesra dengannya.
Tidak meninggalkan rumah melainkan dengan izin suami.
Tidak berlaku curang bila ketiadaan suami.
Sentiasa bersyukur sama ada menerima nikmat ataupun dugaan dari Allah.

Tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
Menghormati keluarga suami dan juga kaum kerabatnya.
Sentiasa berhias diri di hadapan suami belaiknya tidak berhias bila ketiadaan suami.
Memakai bau-bauan untuk suami semasa di rumah.
Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya,
Menutup penglihatannya ketika di hadapan suami begitu juga ketika ketiadaannya.

Menghantarkan suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar
dan menyambutnya bila ia pulang dengan senyum.
Mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
Sentiasa menjaga nama dan maruah suami.
Sentiasa menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri serta rumahtangga.

Melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta segala
perintah Allah dan suami dengan tabah dan sabar...

Wednesday, October 27, 2010

Jika Isteri Kita Sakit

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan di sambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu di ketuk dan salam di beri. Apabila pintu di buka , hanya anak sahaja yang menjawab salam...

Bagi anak perempuan kita cuma cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya, emek mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau serupa dengan itu.

Kita bertanya, "sakit ker?"... isteri kita diam jer dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk makan malam. Di sebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain futsal atau cuci kereta..  Dalam hati kita berkata, " isteri tu tak lah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur..

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat.. Badan ni tak larat nak bangun, nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ker?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak.. sepatutnya ajaklah ke klinik... "Sambil turun ke dapur hatinya berkata," orang tengah sakit ni dia bukannya ambil peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.... nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik," Maka di usahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang di muliakan, isteri kiat mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi" pening-pening morning sickness"

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta di ubati.. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus menghadapnya sebaik kita masuk ke rumah. Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab," Dalam bilik," Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tidak demam, letaklah tangan di dahinya atau lehernya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tau kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna tu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuhkan psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam.... dan sebagainya supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dai boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sam ada berbaloi untuk di bawa ke klinik. sebab kekuatan psikologinya telah di perolehinya dari " doktor" yang di sayangi ini. tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata," Taka apalah bang, demam ni sikit aje,.... Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA aka demamnya itu. Begitu juga si isteri jika suami anda sakit.

Monday, October 25, 2010

Wahai Wanita

Ketahuilah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak seronk untuk didiami. kaum leleki akan bersasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S pernah di landa gelisah meskipun hidup di penuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar di jadikan seorang teman agar boleh berbicara, bergurau senda dan membina sahsiahnya. Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam A.S dan segala kenikmatan syurga di sekelilingnya tarasa wujud.

Tanpa permaisuri siapakah lelaki yang di gelar raja,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang di gelar suami,
Tanpa wanita siapalah lelaki yang mahu di gelar pemimpin,
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang di gelar ayah...

Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah di lemparkan ke neraka. Segala bergantung kepada agamanya..

Lihatlah peranan wanita-wanita ini...

Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasullullah S.A.W tidak mendapat 'dorongan' yang amat di perlukan untuk terus bangkit, berpegang teguh kepada keyakinannya dan menyebarkan Islam sebagaimana semestinya..
Tanpa Aisyah, barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W tidak sampai kepada umat islam seluruhnya..
Tanpa Fatimah Az-Zaharah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulullah S.A.W yang di sayangi..
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur dan mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya..
Tanpa Wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita.

Lihatlah pula peranan wanita-wanita ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S telah bertukar menjadi penentang kepada kebenaran..
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah dan menguyah hatinya..
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasululullah S.A.W serta dalam sejarah manusia sejagat, ramai wanita menjadi pendorong kemaksiatan, kekufuran, kehancuran dan kemusnahan lelaki.

PEDOMAN: Akibat Menduakan Suami, Darah Memancut Dari Rahim

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw. bermaksud: " Jika seseorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat kepada suaminya, ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang di kehendakinya." Memang janji Allah, sesiapa yang membuat dosa, balasannya di terima di akhirat kelak. Namun ada ketikanya terdapat juga dosa-dosa besar seperti berlaku curang terhdap suami, balasan seksanya sudah Allah tunjukkan di dunia lagi agar ianya menjadi iktibar kepada orang lain.


Perkara ini di akui oleh seorang bidan kampung di selatan tanahair. Bidan tersebut telah menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak yang di katakan hasil hubungan sulit si isteri itu dengan bekas kekasihnya di luar pengetahuan suaminya.


Bidan yang tidak mahu namanya di sebut telah berpengalaman berpuluh tahun mengakui tragedi yang berlaku terhadap wanita berkenaan ketika melahirkan anaknya memang agak aneh dan luar biasa.


"Makcik telah mengalami berbagai peristiwa ketika menyambut kelahiran, Ada wanita yang mudah melahirkan anak. Ada pula yang mengalami masalah susah nak beranak kerana bayinya berkududukan songsang atau sebagainya.


Tetapi Alhamdulillah, sejauh pengalaman makcik, mereka yang sukar melahirkan setelah di beri air jampi dan melakukan beberapa petua tertentu, wanita berkenaan akan mudah melahirkan anaknya". kata bidan tersebut.


Wanita yang di sebut sebagai salmah oleh bidan  yang berusia 30-an itu memang tidak dapat di lupakannya.

"Dia mengalami kesakitan yang luar biasa seolah-olah ada sesuatu yang menghalang kelahiran bayinya. Hampir sejam dia bergolek-golek dan meronta-ronta menahan kesakitannya sambil meraung-raung dan merintih-rintih menyebut nama suaminya.

Berbagai usaha di lakukan oleh bidan untuk membantu salmah seperti memberi air jampi berendamkan dauh sirih. Kesan-kesan untuk melahirkan sudah ada. air ketuban telah lama meleleh, namun bayinya tetap tersendat walaupun entah berapa kali salmah menerannya.

Apa yang menyayat hati, setiap kali salmah berusaha meneran bayinya, seluruh anggota tubuhnya menggigil, dan matanya terbelalak bagaikan menyaksikan sesuatu pemandangan yang mengerikan.

Kira-kira 10 minit selepas meminum air jampi bidan, berlakulah peristiwa aneh, ngeri dan luar biasa itu. Dari saluran rahimnya meleleh tumpahan darah dan dalam beberapa saat kemudian darah itu memencut menyembur mengenai bidan itu yang sedang memeriksanya dan percikan darah itu memercik ke dinding klinik bersalin yang tidak luas itu.

"Kejadian itu memang luar biasa. Pengalaman makciklah, wanita yang mengalami tumpah darah macam mana pun tidaklah sampai darahnya memancut sebegitu rupa. Selepas kejadian itu, makcik berfirasat ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu.

"Makcik mengesyaki mungkin ada dosa-dosa tertentu pernah di lakukan oleh si isteri ini terhadap suaminya. Menurut hemat makcik, selagi wanita ini tidak mengakui  dosanya dan mendapatkan keampunan suaminya, selagi itulah dia tidak dapat melahirkan anaknya." kenang semula bidan itu menceritakan kembali.

Seketika kemudian, bidan pun memanggil suami salmah yang di sebutnya sebagai ustaz azhar itu.masuk ke bilik bersalin menemui isterinya. Azhar kelihatan terharu menyaksikan penderitaan yang di tanggung oleh salmah dan bercadang membawa salmah untuk ke Hospotal bersalin di bandar yang jauhnya 20 km dari kampung itu.

Tetapi itu adalah masa amat kritikal bagi salmah. Jelas pada pengamatan azhar dan mereka yang berada di situ, salmah kini berjuang antara hidup dan mati.

Bidan pun membisikkan sesuatu ke telinga salmah. Dan salmah dalam keadaan tidak berupaya itu merangkul kedua tangan suaminya dan dengan suara yang putus-putus mengaku perbuatan terkutuknya selama ini berzina beberapa kali dengan bekas kekasihnya. hasil perzinaan itulah kehadiran bayi yang di kandungkan sekarang.

Mendengar pengakuan isterinya, terasa gelap dunia ini dirasai oleh Azhar. Jika tidak kerana ada rasa simpatinya terhadap wanita yang pernah berkongsi hidupnya lebih 10 tahun itu yang kini sedang terbaring penuh azab, mahu sahaja azhar meninggalkan tempat itu.

Namun Tuhan mahu menunjukkan kebesaranNya melembutkan hati seorang suami. Sementara salmah yang sedang azab itu kini pasrah dengan takdir Tuhan menghukumnya dan memohon keampunan dari suaminya.

Memang benarlah sebagaimana yang di firasatkan oleh bidan, selepas azhar memaafkan dan mengampunkan segala dosa-dosa salmah, salmah pun melahirkan anaknya dengan mudah dan segera di sambut oleh bidan.

Beberapa minit selepas melahirkan anaknya itu, salmah pun menghembuskan nafas terakhirnya sementara azhar tetap berada di sampingnya dan sempat mengajarnya mengucap kalimah tauhid, "Laa Illaaha Illallah" dan dengan mudah di ikuti oleh gerak bibir salmah ketika menghadapi nazaknya.

Menurut cerita bidan itu, kejadian itu berlaku kira-kira 15 tahun lalu. Anak lelaki yang di lahirkan oleh salmah itu kini sudah berada di tingkatan-3 dan di pelihara oleh azhar sebagai anaknya sendiri.

Azhar selepas peristiwa tersebut berapa tahun kemudian telah berkawin lain dan di kurniakan dua orang anak

Menurut bidan, apa yang mendorong salmah berlaku curang terhadap suaminya kerana munuduh suaminya mandul. Sementara bekas kekasihnya (difahamkan kini masih hidup) mengambil kesempatan dari keadaan rumahtangga salmah yang tidak bahagia itu kerana tidak di kurniakan anak.

"Makcik mendoakan semoga Tuhan mengampunkan dosa salmah dan azabnya menghadapi kematian itu sebagai kifarah kepada dosanya itu. Harap kisah ini ada iktibar dan maafaatnya kepada semua".

Saturday, October 23, 2010

Luahan Suami Dan Keluhan Isteri

Luahan suami

"Isteriku, Iktiraflah kelakianku".
"Isteriku, Jagalah Rumahku".
"Isteriku, Janganlah leter aku".
"Isteriku, Fahamilah perasaan ku".
"Isteriku, Berbincanglah dengan ku".
"Isteriku, Hiasilah diri mu".
"Isteriku, Berlemah lembutlah terhadap ku".
"Isteriku, Hargailah pemberianku".
"Isteriku, Janganlah pilih kasih terhadap anak-anak".
"Isteriku, Jagalah makan minum ku".
"Isteriku, Jagalah pakaian ku".
"Isteriku, Didik lah anak-anak ku".
"Isteriku, Raikan keluargaku".
"Isteriku, Sembunyikanlah kepintaran dan kelebihan mu".
"Isteriku, Janganlah membuang masa mu".
"Isteriku, Janganlah banyak kerenah".
"Isteriku, Patuhlah pada ku".
"Isteriku, Janganlah cemburu buta".
"Isteriku, Tunjukkanlah sifat sabar mu".
"Isteriku, Iktiraflah sifat kepimpinan ku".
"Isteriku, Bantulah kejayaan ku".
"Isteriku, Jadikanlah anak-anak ku insan berakhlak mulia".
"Isteriku, Permudahlah penglibatan sosial ku".
"Isteriku, Janganlah boros"
"Isteriku, Hargailah kejayaan ku".
"Isteriku, Galakkanlah hobi ku".
"Isteriku, Suburkanlah pembangunan intelek ku".
"Isteriku, Berjimat cermatlah".
"Isteriku, Berterus terang dan berkomunikasilah dengan ku">
"Isteriku, janganlah terlalu mengawal ku".


Keluhan Isteri

suamiku.... bimbinglah keluarga mu....
suamiku.... janganlah rileks aje...tolonglah sikit!!!
suamiku.... jagalah mata mu....
suamiku.... jangan abaikan rumahtangga mu...
suamiku.... jangan balik kerja lambat sangat...
suamiku.... dengarlah rintihan hati ku...
suamiku.... bertutur dengan lembutlah denganku.. jangan hentam kromo aje!!!
suamiku.... setialah pada keluargamu..JANGAN CARI YANG LAIN!!!
suamiku.... bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
suamiku.... ciumlah pipiku sebelum pergi keja dan kucuplah dahi ku sekembalinya mu.
suamiku.... makan dan minumlah hidangan dari air tangan ku.. jangan jeling aje dan nak komen aje.
suamiku.... pujuklah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!
suamiku.... bila aku dalam pantang... JANGAN MAKAN LUAR!!!
suamiku.... bila kau out-station... hubungilah aku selalu...
suamiku.... bantulah aku di dapur...

menentang perjodohan

Matahari sudah mula terbenam

Matahari sudah mula terbenam
Bulan pula sudah mula bersinar
Aku terhenti
Dan bumi berputar
Mengelilingi aku

Hati ku berdenyut pantas
Dan nafasku menjadi perlahan
"Adakah ini cinta ku yang pertama"
Sayangku, adakah ini dinamakan cinta

Nikmatilah keindahan saat ini
Semuanya akan berubah
Apabila impian kita mula berubah
Menjadi kenyataan

"Adakah hubungan kita ini
di pertemukan dari awal lagi"
Yang di takdirkan untuk kita bersama.

Harap musim percintaan ini
Selalu begini selamanya
Harap kita bertemu sebegini
Dalam kihidupan akan datang

Aku sedang di warnai oleh cinta mu
Aduhai kekasih ku
Aku tidak dapat bezakan diriku
Terhadap mu dan diri mu terhadap ku

"Oh kekasihku, aku sedang
tenggelam dalam percintaan ini"
Sebelum bawa ku ke tebing lautan.

"laut dah mula dahaga
malam sudah mula berjaga"

" api sudah mula membara dalam hati
dengan percikan cinta mu"

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. Selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetian. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang  dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaianya. Istei yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama keperluan hubungan intim dan keperluan untuk mengisi perutnya.

3. Banyak membantu suami anada. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. jangan banyak meminta-minta kerana ia akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atu perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut di lakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak di lihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda  dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakanlah strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan Anak-anak anda di depan suami anda, suami mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang di sayanginya.

9. Selalu memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasa nikmatnya.

11. Bila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama dengan suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa " hanya kaulah satu-satunya kekasih ku".

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami berhajat untuk " bersama" anda, layanilah dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan ke;etihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan dengan godaan yang halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahwa dia di perlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk di setubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahwa dirinya tidak di hargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17.  Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan bijak serta berterusanlah menjaga sillaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda dan di syurga.

Friday, October 22, 2010

Rabbani - Cahaya

LELAKI SOLEH

        Lelaki soleh dapat di definasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengamnil makanan yang bersih dan halal ( bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara-perkara yang akan mendorong ke arah kemaksiatan dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

        Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt dan rasulNya walau di mana sahaja mereka berada dana pada bila-bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat di lihat dan di umur dari segi lahiriah semata-matankerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada sesiapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

       TAUHID merupakan dasar tetinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa di pelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang di lakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwakilan dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

       Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat di nilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus di lihat dan di kaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujaun dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH  

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasulullah saw
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
9. Solat malam menjadi kebiasaannya.
10. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
12. Selalu berinfaq (bersedekah) sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkar ( buat kebaikan buang keburukan)
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Wednesday, October 20, 2010

TOMBO ATI

TOMBO ATI IKU LIMO PERKARANE
KAPING  PISAN MOCO QURAN 
LAN MAKNANE
KAPING PINDO SHOLAT WENGI
LAKONONO
KAPING TELU WONG KANG
SHOLEH KUMPULONO
KAPING PAPAT KUDU WETENG
INGKANG LUWE
KAPING LIMO DZKIR WENGI
INGKANG SUWE

SALAH SAWIJINE SAPA BISO
NGELAKONI, MUGI MUGI GUSTI
ALLAH NYEMBADANI...

UBAT HATI ADA LIMA PERKARANYA
YANG PERTAMA BACA QURAN
DAN MAKNANYA
YANG KEDUA SHOLAT MALAM
DIRIKANLAH
YANG KETIGA BERKUMPULAH
DENGAN ORANG SOLEH
YANG KEEMPAT PERBANYAKKAN LAH
BERPUASA
YANG KELIMA DZIKIR MALAM
BERPANJANGAN

SALAH SATUNYA SAPA BISA
MENJALANI, MOGA-MOGA KUDRAT
ALLAH MENCUKUPI

15 perkara tentang wanita

1) Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh

2) Wanita apabila melaksanakn solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan( terkecuali pada yang cuti), memelihara kehormatan diri serta taat pada suaminya... berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang di kehendakinya.

3) Saiditina Aisyah r.a berkata. : " saya pernah bertanyakan Rasulullah s.a.w tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" jawab Rasulullah s.a.w : "Suaminya". Bertanya pula Aisyah : " Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah s.a.w. : " Ibunya"

4) Apabila kamu di panggil oleh kedua ibu bapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu terlebih dahulu.

5) Sesiapa yang di kurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah di kurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti ( bertakwa) kepada Allah.

6) Sebaik-baik wanita adalah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan di personakan ( digoda) oleh iblis.

7) Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki melihat wanita( bukan muhrim) kecuali dalam menuntut dan berjual-beli. Suatu hari Rasulullah s.a.w bersama isteri-isteri baginda (ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta ( Ibnu Maktum). Rasulullah s.a.w menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah : " Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?". Rasulullah s.a.w menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?.

8) Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.

9) Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.

10) Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah

11) Wanita itu boleh di kahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya(islam). Pilihlah yang beragama, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

12) Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas kawin).

13) Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di arasy, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan di redhai( serta di pelihara akan solatnya dan puasanya)

14) Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tetutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pula 7 pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang di sukainya dengan tidak di hisab.

15) Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia di murkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya..

Tuesday, October 19, 2010

aduhai putri ku sayang

Aduhai putri ku sayang..
Aduhai putri ku sayang..
putri ku sayang.. oh.. ohh

Lembut mu tak beerti
Kau mudah di jual beli
Kau mampu Menyaingi
Lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajah mu
Di sebalik tabir diri mu
Ada rahsia aging
Tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri

Aduhai putri ku sayang
Aduhai putri ku sayang
Putri ku sayang

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama
Benteng negara dan agama
Dari di robohkan dan jua
Dari di binaskannya

Wahai putri ku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai putri ku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai putri ku sayang
Kau bunga idaman

12 perkara yang tidak di sukai suami

1. Memperkecilkan suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak. walaupun ianya benar cth:.. "suami saya tu kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla.. bla.. bla..

2. Menggsnggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah.. seperti contoh: " hello.. abang ada meeting ker tu".. contoh ke-2: "maaf la cuma nak cakap.. abang dah makan ker?

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang di simpan beliau.. seperti contoh: "kita dah simpan screw driver tu kat dalam stor, entah la kat atas rack yang mana satu..

4. Mengambil muka surat atu bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang salah...sampai tidak jumpa mana-mana seksyen yang hendak di baca.. seperti contoh: " abang! sport section tu sayang dah bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan surat khabar atu apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter samapi berlubang sana-sini dan si suami tak sempat baca / tengok seperti contoh: " sayang suka la iklan tentang jualan murah tu.. sayang dah potong sekerat."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari office, sedangkan nak pergi pasar / supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar seperti contoh: " abang.. semalam kita lupa beli garam, gula, beras dan susu budak..... boleh singgah tak mana-mana... pleaseeee...

7. Tidak memberi arahan / instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan / menyalahkan suami.. seperti contoh: " saya kata beli susu cair dan gula melaka, apasal awak beli susu pekat dan gula pasir... kan lain tu".

8.Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu seperti contoh: " saya dah confirm malam jumaat ni nak dinner kat rumah cik timah, abang tak ada program tahlil kat mana- mana kan.??

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting kat laptop tanpa memberitahu suami. seperti contoh: " screensaver abang tentang gambar kereta tu sayang dah tukarkan kepada gambar bunga ros."

10. Bercakap / bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 malam, bilamana nak beristtirehat dan ber... ber... contoh: " pot pet pot pet pot pet"

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami.. seperti contoh;" malam ni saya jemput lina dan anum datang dinner kat rumah sebab suami dia orang outstation, ok kan kan kan."

12. Berpakaian kusut masi dengan t-shirt dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa pontianak dan muka tak bermekap serupa mayat bila di rumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.. seperti contoh.. " oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang.."

Thursday, October 14, 2010

permata untuk isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati untuk kau isi sebagi isteri
Untuk kau penuhi dengan kemulian seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana kau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita Janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku

Untuk kau penuhi dengan kemulian seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang

Kerana kau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku