Friday, October 22, 2010

LELAKI SOLEH

        Lelaki soleh dapat di definasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengamnil makanan yang bersih dan halal ( bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara-perkara yang akan mendorong ke arah kemaksiatan dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

        Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt dan rasulNya walau di mana sahaja mereka berada dana pada bila-bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat di lihat dan di umur dari segi lahiriah semata-matankerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada sesiapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

       TAUHID merupakan dasar tetinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa di pelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang di lakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwakilan dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

       Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat di nilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus di lihat dan di kaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujaun dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH  

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasulullah saw
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
9. Solat malam menjadi kebiasaannya.
10. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
12. Selalu berinfaq (bersedekah) sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkar ( buat kebaikan buang keburukan)
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

No comments:

Post a Comment