1. Memperkecilkan suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak. walaupun ianya benar cth:.. "suami saya tu kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla.. bla.. bla..
2. Menggsnggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah.. seperti contoh: " hello.. abang ada meeting ker tu".. contoh ke-2: "maaf la cuma nak cakap.. abang dah makan ker?
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang di simpan beliau.. seperti contoh: "kita dah simpan screw driver tu kat dalam stor, entah la kat atas rack yang mana satu..
4. Mengambil muka surat atu bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang salah...sampai tidak jumpa mana-mana seksyen yang hendak di baca.. seperti contoh: " abang! sport section tu sayang dah bungkus belacan.."
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan surat khabar atu apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter samapi berlubang sana-sini dan si suami tak sempat baca / tengok seperti contoh: " sayang suka la iklan tentang jualan murah tu.. sayang dah potong sekerat."
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari office, sedangkan nak pergi pasar / supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar seperti contoh: " abang.. semalam kita lupa beli garam, gula, beras dan susu budak..... boleh singgah tak mana-mana... pleaseeee...
7. Tidak memberi arahan / instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan / menyalahkan suami.. seperti contoh: " saya kata beli susu cair dan gula melaka, apasal awak beli susu pekat dan gula pasir... kan lain tu".
8.Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu seperti contoh: " saya dah confirm malam jumaat ni nak dinner kat rumah cik timah, abang tak ada program tahlil kat mana- mana kan.??
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting kat laptop tanpa memberitahu suami. seperti contoh: " screensaver abang tentang gambar kereta tu sayang dah tukarkan kepada gambar bunga ros."
10. Bercakap / bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 malam, bilamana nak beristtirehat dan ber... ber... contoh: " pot pet pot pet pot pet"
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami.. seperti contoh;" malam ni saya jemput lina dan anum datang dinner kat rumah sebab suami dia orang outstation, ok kan kan kan."
12. Berpakaian kusut masi dengan t-shirt dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa pontianak dan muka tak bermekap serupa mayat bila di rumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.. seperti contoh.. " oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang.."
No comments:
Post a Comment