Wednesday, October 27, 2010

Jika Isteri Kita Sakit

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan di sambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu di ketuk dan salam di beri. Apabila pintu di buka , hanya anak sahaja yang menjawab salam...

Bagi anak perempuan kita cuma cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya, emek mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau serupa dengan itu.

Kita bertanya, "sakit ker?"... isteri kita diam jer dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk makan malam. Di sebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain futsal atau cuci kereta..  Dalam hati kita berkata, " isteri tu tak lah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur..

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat.. Badan ni tak larat nak bangun, nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ker?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak.. sepatutnya ajaklah ke klinik... "Sambil turun ke dapur hatinya berkata," orang tengah sakit ni dia bukannya ambil peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.... nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik," Maka di usahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang di muliakan, isteri kiat mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi" pening-pening morning sickness"

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta di ubati.. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus menghadapnya sebaik kita masuk ke rumah. Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab," Dalam bilik," Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tidak demam, letaklah tangan di dahinya atau lehernya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tau kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna tu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuhkan psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam.... dan sebagainya supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dai boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sam ada berbaloi untuk di bawa ke klinik. sebab kekuatan psikologinya telah di perolehinya dari " doktor" yang di sayangi ini. tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata," Taka apalah bang, demam ni sikit aje,.... Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA aka demamnya itu. Begitu juga si isteri jika suami anda sakit.

No comments:

Post a Comment